Kaedah moden yang lainnya merupakan kaedah pengajaran dan permbelajaran
berpusatkan kendiri. Kaedah ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam
melakukan segala yang diingini oleh mereka untuk mencapai kemajuan terhadap
diri mereka sendiri di samping peranan guru hanyalah sebagai permantau. Ishak
(2009) menyatakan bahawa guru boleh mengembangkan pengalamannya dengan melihat
kepada potensi pelajar yang mampu melaksanakan segala kerja dengan sendiri
tanpa bantuan yang banyak. Melalui kaedah ini, pelajar akan melalui beberapa
proses iaitu menganalisa keperluan, menjana idea sendiri untuk mencapai
objektif pernbelajaran, memastikan bagaimana sesuatu pelajaran yang mereka
pelajari itu boleh didapati dan seterusnya refleks kembali terhadap sernua
perkara yang telah diperolehi semasa penyelidikan dijalankan.

E-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan teknologi
elotronik telah lama diperkenalkan di  institusi
pendidikan di Malaysia umumnya institusi pengajian tinggi dengan pembangunan
teknologi maklumat untuk melangkah ke dunia pendidikan tanpa batas sempadan. Untuk
merialisasikan budaya pembelajaan sepanjang hayat, kerajaa telah mengambil
jalan altenatif dengan memperkenalkan teknologi media elektronik untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kemungkinan akan
menyebabkan penggunaan e-pembelajaran akan meningkat dalam pendidikan (DePAN,
2010). Selain itu, dengan menggunakan e-pembelajaran pelajar dapat mencari
serta megakses segala maklumat berkenaan dengan pembelajaran dan pendidikan
dengan lebih meluas. Seterusnya pelajar juga dapat  belajar secara kendiri dan dapat menggunakan
rangkaian e-pembelajaran ini untuk berkerjasama dengan pelajar lain dari
pelbagai negara, generasi, latar belakang dan budaya (Zhang, 2013). E-pembelajaran
telah membuka peluang kepada pelajar untuk belajar dari mana sahaja mereka
berada tanpa mengira masa dan tempat belajar (Sithole & Onyari 2012;
Abaidoo, & Arkorful 2014; Adnan, Ali & Ahmad, 2015). 

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now
x

Hi!
I'm Ruth!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out