Selain itu, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh sejarawan telahmengelompokkan beberapa takrif yang lebih munasabah serta telah menghuraikanpandangan dan kajian yang kritis terhadap takrifan pensejarahan. Menurut Muhd.Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya (1988), pensejarahan ditakrifkansebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atausejarawan.

Sejarawan akan mengkaji atau menyelidik tentang zaman, masyarakat,peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahan.Sejarawan juga akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaranmasing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial. Oleh itu, pandangankedua-dua sejarawan tersebut bolehlah dikatakan penulisan karya sejarahdihasilkan mengikut bidang dan kepakaran penyelidik masing-masing yang berkaitrapat dengan kehidupan masyarakat atau peristiwa yang berlaku pada masa lalu.Pendapat di atas adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahanmerujuk kepada penulisan sejarah atau karya sejarah yang dihasilkan olehsejarawan. Walaupun tugas sejarawan untuk menulis atau mentafsirkan seberapayang boleh berhampiran dengan kebenaran tentang peristiwa yang berlaku padamasa lalu, maka secara umumnya, sejarah keseluruhan masa yang telah berlakupada masa lalu adalah bersifat objektif manakala pensejarahan pula bersifatsubjektif. Justeru, apabila sejarah ditulis semula bukanlah bermakna mengubahsejarah tersebut tetapi pensejarahan itu diubah mengikut tafsiran ahli sejarahtersebut di mana sejarawan cuba menghampiri kebenaran sedekat yang mungkinterhadap peristiwa yang dikaji.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Seorang lagi sejarawan iaitu Mohd. Taib Osmanpula mentafsirkan pensejarahan sebagai kisah tentang peristiwa-peristiwabersejarah yang disusun dalam bentuk sastera yang agak baik dan fungsinyaadalah untuk pengajaran dan kemegahan generasi semasa penulisan itu dibuat danketurunan-keturunan mereka.

x

Hi!
I'm Ruth!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out